Putaran alam kehidupan.
Sambil ku dodoikan ahmad athif yang sepuluh hari lagi genaplah usianya enam bulan di pagi hari yang tenang ini, hati rasa terpanggil untuk jari jemari menaip beberapa bait bicara untuk meleraikan rasa di hati.
Kelahiran. Kematian.
Jiwa rasa terkesan dengan pemergian pakcik abdul hafidz md sharif di hening akhir malam tadi menemui cinta hati dan penciptanya.
Meskipun tidak mengenali sosok tubuh itu secara peribadi, beliau lah antara pakcik hebat yang banyak membantu mak dan abah ketika abah sakit dulu.
Rakan usrah abah, dan jiran ikhwah yang paling dekat dengan kami, pemergian abadi pakcik pasti amat di rasai oleh abah dan mak.
Pakcik yang ku kenali sentiasa banyak membantu. Namanya kerap di sebut mak, apabila abah sakit, siapa tolong setelkan?, 'pakcik hafidz', siapa hantar abah? 'pakcik hafidz', mak abah ke kl dengan siapa? 'pakcik hafidz'.
Beruntungnya makcik non dikurniai suami yang di senangi ramai.
Ketika hampir di akhir hayatnya semalam, beliau dikatakan 'rasa tak seronok sebab kena solat di rumah' kerana sudah sangat terbiasa berjemaah di masjid. Allahu. Jasmaninya sakit tetapi hatinya hidup dan masih terikat pada masjid.
Pakcik, ana menjadi saksi di antara ribuan hati yang pakcik telah sentuh, bahawa pakcik telah menjalankan syahadatul haq pakcik dengan sempurna. Terima kasih pakcik, kehadiran pakcik telah menggembirakan dan menyenangkan mak dan abah.
Semoga pakcik tenang di taman Syurga Nya.
InnalillahI wainna ilaihi rajiun.
Kullu nafsin zaaiqatul maut.
Kami pasti menyusul.