Wednesday, June 24, 2009

In d papers again!

Pelajar USIM raih pingat di NRIC 2009


PELAJAR USIM berkongsi kegembiraan berikutan kejayaan dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi 2009 di USM.


KEADAAN ekonomi dunia yang lembap dan kurang memberangsangkan memerlukan kepada usaha yang berganda di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mendapat pekerjaan.

Dalam senario sebegini, yang sering diuar-uarkan adalah pentingnya pelajar IPT mencipta peluang pekerjaan melalui bidang keusahawanan.

Sebagai menyahut cabaran itu, pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta kejayaan apabila memenangi beberapa pingat dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi (NRIC) 2009 anjuran Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Mei 2009 merupakan kali ketiga diadakan seumpamanya. Antara objektif utama pertandingan ini adalah merangsang pelajar menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang boleh menarik minat para pelajar untuk mencipta peluang kerja.

USIM menghantar 10 pasukan di mana enam daripadanya berjaya memenangi beberapa pingat termasuk satu Anugerah Khas.

USIM telah memenangi satu emas untuk projek The Formulation of High Fibre Guava Cookies from different Parts of Pink Guava Fruit. Projek itu turut dianugerahkan Special Project Award: Sustainability. Pemenang projek ini membawa pulang cek bernilai RM3,000 dan sebuah piala. (^_^)

Selain itu USIM turut memenangi satu pingat perak untuk projek Software Agent for Registry Repair & Maintainance (Spyjak Antivirus Software) dan tiga pingat gangsa untuk projek New Feldspar-Immobilized Biocatalysts for Organic Synthesis, Antimicrobial Activity of Essential Oils from Cymbopogon nardus & Cymbopogon Flexuosus dan Clarification of Pink Guava Juice by Enzymatic Treatment.

Source: Utusan 23/6/09

4 comments:

+akufobia+ said...

ho.sukanya dia.ngee.lagilagi keluar nama guava cookies tu kan.

NurLuLu said...

yeah...tahniah2 (^-*)

ibnuajmain said...

mabruk!!

nanami ichijo said...

arigatou gozaimas! =)
tp berita lama ni =p