Tuesday, October 11, 2016

Isi angin tayar

Sebelum bertolak ke tempat kerja pagi tadi, suami berpesan kepada saya untuk mengisi angin di tayar kereta saya.

Seusai mengisi angin tayar di Petronas dalam perjalanan ke UTM, terasa pemanduan lebih lancar. Sebelum ini kereta saya terasa berat semacam, seolah-olah handbrake tidak di angkat.

Begitu juga dengan kehidupan kita sebagai manusia. Jika hati kita terasa berat, kita mesti cuba refleksi diri kita, mungkin tak ada kurang kita di mana-mana. Mungkin tak kita selalu lengah-lengahkan solat ke akhir waktu, dengan justifikasi kepada diri bahawa kita ni sibuk dan Allah tu kan Maha Pengampun?

Jika kita rasa hati tak tenang, mungkin tak kita tengah pendam rasa geram atau marah kepada seseorang? Ya kita tahu, tak wajar pendam perasaan negatif terhadap orang lain, walau apa pun orang tu buat pada kita. Tapi kita pun manusia kan, kesabaran kita ada hadnya. Kita boleh maafkan, tapi untuk lupakan..ah..belum tentu!

Jika kita rasa serba tak kena..tak senang duduk..mungkin tak bacaan Quran kita tengah culas? Buat lagi self-justification, alah, kalau baca Surah al-Ikhlas tiga kali kan dah menyamai baca satu al-Quran?

Jika kita rasa rezki macam sempit je, gaji masuk macam ok, tapi kenapa asyik rasa tak cukup je? Mungkin tak kita ada hutang-hutang yang tertangguh bayarannya? Hutang pada individu, keluarga, jamaah?

Jika badan kita rasa berat je, malas nak buat kerja, malass je rasa. Mungkin tak kita punya solat sunat di tahap yang menyedihkan? Buat apabila bersama dengan orang ramai, tapi bila solat sendirian di bilik nak cepat aja. Kejar apalah agaknya..

Mungkin kita sendiri tak perasan yang sikap kita dah berbeza..ke arah yang lebih buruk. Maka perlunya kepada individu-individu yang sayangkan kita hanya kerana Allah untuk memujuk kita kembalikan diri kita kepada fitrah yang sepatutnya.

Isi angin tayar, periksa minyak hitam, perlu servis yang regular jika kereta itu sentiasa bergerak. Jangan hanya tahu isi petrol saja bila lampu sudah menyala. Kalau tak tahu tentang kereta, tanya kepada yang tahu.

Sama juga dengan diri kita, jiwa kita, iman dan amal kita. Perlu juga diservis selalu.

No comments: