Sunday, July 4, 2010

Pesanan untuk sahabat



Anak muda yang dikasihi, pasanganmu adalah seseorang yang telah menghubungkan hati, jasmani dan nasibnya. Dengan sepenuh hati, saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang saya kasihi sekalian. Saya berpesan, hendaklah kamu mencurahkan kasih sayang kepada pasanganmu. Setialah dengan mereka dan selaraskan dirimu dalam urusan satu sama lain.

Hindarilah kerumitan hidup bersama, dengan mengabaikan kekusutan kecil dan tidak penting. Semoga Tuhan menganugerahkan padamu kesejahteraan, kegembiraan dan ketinggian rohani. Moga dikurniakan kepadamu tumpuan kehidupan; yakni anak-anak tercinta yang sihat, soleh serta menjadi penyinar." - Ayatullah al Uzma Ali Khamenei.


Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lama ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suami dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya. - Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur, Mursyidul Am kelima Jamaah Ikhwan Muslimin .

1 comment:

Unknown said...

wow.haha.mentangmentang.